Popular Posts

Tuesday 24 January 2012

NOCEDIA REMAJA-"Coretan Natra episod 4"

" Simpan bakinya,"Ujarku ringkas mungkin ingin cepat dan lari dari lelaki yang pelik itu. Aku berlari anak menaiki tangga menuju ke rumahku. Cepat-cepat aku membuka pintu lantas memasukinya lalu mengunci daun pintu tersebut. Lapang dadaku ketika itu, seperti segala-galanya takkan berlaku lagi.

"Mengapa tergesa-gesa ni?, kena kejar anjing ke?," Soal Mas seolah-olah menyindir. Sebagai seorang yang "anti sindir" aku terus merajuk sambil terdiam kaku di berandar.

"Takkanlah aku tegur sikit sudah mahu merajuk?," Cemoh Mas lalu berdiri di sebelahku. Wajahku masam mencuka. Konon ingin menunjukkan kedegilanku, bertahan dan terus bertahan. Mas mengalah.

" Natra, siapa lelaki tu?, aku lihat dari tadi di berada di bawah bersama bungkusan berwarna kuning, dia nak jumpa kau agaknya. Oh ya! Apa yang kau beli tadi?," Soal Mas mungkin mahu aku melupakan sindirannya tadi.

"Takde apa-apa," Jawabku ringkas lalu turun dari flat dan memberanikan diri untuk berdepan dengan Wan yang kemungkinan mempunyai sikap degil seperti aku.

Sampai saja di anak tangga terakhir, aku berdiri betul-betul depan lelaki itu. Fikiranku melayang memikirkan apa agaknya niatnya mengekori aku. Sudah aku menolak tawarannya tadi, mengapa masih ingin ikut aku. Perasaan takut juga bermain dalam hatiku, kemungkinan lelaki itu berniat jahat ingin merompak..atau..merogol. Ah! Aku pusing.

"Awak nak apa lagi ni sedara?, sampai awak ikut saya ke sini?," Tanyaku sambil berpeluk tubuh. Cuba menghilangkan rasa takut di hadapannya. Mas yang berada di flat cuma mengintai di jendela melihat gelagatku seraya diselang selikan dengan bisikan berbisa.

"Wah!Boyfriend barulah tu, tak cukup dengan si Roy, dia dah ada yang lain, apa punya perempuan? belum sampai bercinta habis, dia ada yang lagi tegap," Bisik Mas kemudian mengintai lagi.

"Saya cuma nak berikan ni," Ujar Wan sambil menghulurkan bungkusan berwarna kuning yang dipegangnya dari tadi. Aku menjeling ke arah bungkusan itu seraya tersenyum sinis. 

"Baik sedara simpan semua ni, lagipun saya tak langsung mengenali sedara, masakan saya nak terimanya. Saya pelik , mengapa sedara bersusah payah sangat kerana saya ni?, saya boleh beli beg yang lain, buat apa awak nak risau?," Ujarku bercampur soalan

"Saya...saya...,"Kata-katanya terhenti seketika setelah tidak tahu apa yang seharusnya dia lakukan lagi. Aku menjeling lagi, kali ini aku menajamkan jelingan itu, macam hendak menelannya sahaja. Biar apa yang hendak dikatakan olehnya aku tidak kisah lagi. Dia tersenyum manis. Tertunduk sedikit kemudian mengangkat mukanya semula. Aku hampir terpesona. Dia begitu "cool".

"Nama saya Mazwan Hamzah," Ujar Wan tiba-tiba.
" Tak tanya pun," Aku menjuihkan mulutku. Wan tersenyum-senyum setelah mendengar jawapanku yang mencuit hatinya.
"Saya tak kata awak tanya, tapi kita boleh berkenalan kan?,"Soalnya. Soalannya menyucuk-nyucuk di lubuk hatiku, kasihan juga aku melihatnya waktu itu, dia sememangnya mahu berkenalan denganku, tetapi aku...

Aku kemudiannya melepaskan peluk tubuhku lalu menghulurkan tangan pada bungkusan hadiah berwarna kuning yang dipegang olehnya dari tadi. Wan melepaskan bungkusan itu perlahan-lahan dengan mata yang jernih tidak berkedip-kedip melihat aku.

"Nama saya Natra," Ujarku selamba.
"Nice to meet you and thanks for the gift,"Sambungku lagi akhirnya meninggalkan wan yang tiba-tiba sahaja jatuh cinta denganku. Jatuh cinta pandang pertama mungkin kerana raut wajahku yang begitu cantik dan kelakuanku yang membuatkan dia terpikat. Beginilah adengan akhir kenangan berkenalan di anatara aku dan Wan. Sejak itu kami mula rapat dan dia kerap menelefonku sedangkan dia tahu aku juga intim dengan Roy. Alasanku ringkas. Aku bebas berkawan bukan?.

"Tadi kata penat, kenapa tidak baring sahaja di katil tu?, ini tidak termenung pula," Celah ibu Wan memecah lamunannya.

Kemudian ibunya meletakkan segelas air kosong yang berisi ketulan ais bersama sepiring buah epal merah dan hijau yang telah dipotong dadu. Hidangan kegemaran Wan langsung tidak disentuh olehnya membuatkan ibunya begitu hairan, tambahan pula dari tadi Wan langsung tidak menoleh, dia cuma meratapi tingkap biliknya.

"Kamu sudah jelak dengan hidangan ni?," Soal ibunya seraya mendekati Wan di tingkap bilik anaknya itu. Wan menoleh ke arah ibunya bersama badan tegapnya mungkin tidak mahu melihat wajah ibunya atau cuba mengelak menjawab soalan sebelum ini.

"Mengapa nak? kamu masih sakit lagi ya?,"Tanya ibunya lagi. Wan mengeluh panjang.
"Cakap la Wan, apa yang kamu nak?," Ujar ibunya sambil mengusap-ngusap kepala Wan tanda kerisauannya sudah tidak dapat dipendamkan lagi.
"Mak!Boleh tak mak keluar dari bilik ni?!!, Saya ingin bersendirian!," Tinggi sedikit suara Wan petang itu. Ibunya tersentak lantas melepaskan tangannya dari mengusap-ngusap kepala Wan, perasaan sedih mula mendekati di sudut hatinya, ibu Wan bingkas keluar dari kamar tersebut membawa kepedihan yang mendalam.

Lapang dada Wan sedikit sesudah ibunya menghilang, dia berkelakan begitu kerana ingin  bersendirian, agar kedamaian dapat menguasainya.

"Wan !!," Kedengaran suara seorang gadis memanggilnya. Wan mencari-cari siapakah gerangannya.
"Wan, aku di bawah ni!," Ujar gadis tersebut. Wan menoleh semula ke ruangan tingkapnya. Rupa-rupanya Erika gadis yang menaruh perasaan kepadanya, tetapi sayang Wan tidak langsung mengetahuinya.

TO BE CONTINUE...




No comments:

Post a Comment