Popular Posts

Monday 23 January 2012

NOCEDIA REMAJA-"Coretan Natra episod 2"

7.35 pagi aku pulang dari pasar, kelihatan Roy menungguku diperkarangan rumah flat tempat kediamanku. 

"Cepat katakan apa yang kau nak?," Tanyaku tegas
"Aku mahukan kita bersama seperti dulu," Jawab Roy.

Tiba-tiba Mas turun dari flat tetapi tidak mengganggu, dia cuma ingin mengambil barang yang aku beli di pasar sebentar tadi untuk dimasak. Mas mengambil barang tersebut dariku tanpa berbicara mungkin kerana masih mengingati perbalahan pagi itu. Mas menghilang semula, kami pula meneruskan perbincangan.

"Boleh, apa salahnya, tapi kau jangan terlalu mencemburui aku dengan Wan, "jelasku lalu cepat-cepat meninggalkan Roy. Apabila aku berada di dalam flat, aku terus ke jendela untuk memerhati gelagat Roy, adakah dia akan balik atau tidak, itu terserah padanya. Rupa-rupanya Roy pulang dengan wajah ceria seperti dulu. Lega dadaku dibuatnya tetapi kelegaan itu tak lama apabila Mas memanggil aku.

" Natra daripada kau tengok di tingkap tu, lebih baik kau tolong aku di dapur" Ujar Mas seperti melupakan perbalahan di antara aku dengannya itu. Demi mengambil hatinya, aku terus bertatih ke dapur, aku kemudiannya menanti arahan Mas. Sedang aku menolongnya, pandangan aku beralih kepada langsir yang sudah lusuh di jendela lalu bersuara.

"Langsir ni macam dah buruk...ala2 langsir nenek aku je.Kita tukar langsir baru sajalah"Kataku seraya memandang Mas.

"Aku juga fikir begitu, so untuk elak diri daripada digelar nenek tua..heheh kita kena keluar pulus la sikit,"seloroh Mas membuatkan aku tersenyum simpul.

Seronok juga jika selalu berseloroh dengan Mas, dia seolah-olah darah dagingku saja waklaupun aku mengenali Mas setakat setahun dua. Selepas membantu Ma, aku ke berandar dengan perut kosong. 

" Ah...leganya angin bertiup sepoi-sepoi membelai rambutku yang ikal, bersantai begini memang enak sehingga aku merasakan yang aku sedang bersantapan di persisiran pantai," bisikku bagai penyajak layaknya. Aku bingkas semula ke dapur dan menduduki kerusi di meja makan.

"Sedap betul masakan ni Mas, pandai kau masak," aku memuji Mas.
" Ala kau tu kalau memuji nombor satu, tapi kalau masak ...sorry,"gurau Mas sekali lagi, aku ketawa kecil.

Hujan turun renyai-renyai, aku berada di berandar melihat keadaan kota yang membangun, berbeza dengan kampung halamanku tiada kemajuan langsung. Semenjak aku menjadi kerani di dalam sebuah syarikat aku jarang sekali pulang ke kampung. Mungkin akuleka dengan pembangunan atau...entahlah...Waktu aku pulang ke kampung pasti aku dimarahi kerana cara aku berpakaian. Ibuku tidak suka anak daranya berpakaian kemeja dan skirt keluar lantaran katanya pakaian itu pakaian yang bakal menyesatkan aku namun aku tak mempedulikan ibu, mungkin inilah alasankujarang pulang ke kampung.

"Natra, Wan tunggu kau di bawah," tegur Mas lemah, mungkin dia malas sekali membuka mulutnya itu, atau merasakan dirinya bersubahat denganku. Tadi Roy. Kini Wan.

Aku kemudiannya turun dari flat. "Apasal datang ni? Kan hujan ni nanti deman," Aku mengusik Wan. Wan tersenyum

" Hujan renyai-renyai sahaja, lagipun payung kan ada," Balas wan.
"Oh! Ya, Natra, aku nak kita jumpa esok. Boleh kan?," Soal wan.
"Takkanlah pasal nak ajak keluar pun kau datang ke sini? Kenapa tak telefon?," Soalku kembali.

Wan terdiam. Hasrat hatinya menyucuk-nyucuk di dinding hati itu. Minta dilepaskan. Sebenarnya dia mahu menatap paras rupa seiras Nasha Aziz itu berkali-kali, sebab itulah dia mahu berjumpa Natra dan tidak puas rasanya setakat berbicara di talian. Aku dan Wan terdiam sahaja, bunyi titisan hujan dan kenderaan  begitu lantang tetapi tidak mengganggu. Dua anak mataku merenungi wajah Wan dengan tepat sekali, dia tertunduk malu.

"Kalau tak mahu bagi tahu taidak mengapa, kalau kau rindukan aku ...itu aku tak tahulah,"Aku mengusik Wan lagi.
" Beginilah, aku akan tunggu kau di sini pukul 3.30 petang esok ya. Destinasinya rahsia,"Getus Wan untuk menghilangkan rasa malunya.
" Kau tak ambil overtime ke hari ni?," Aku menokok.
" Tidak," Jelas Wan ringkas.
" Wan aku nak minta maaf di atas sikap kasar Roy tempoh hari, aku harap kau tak ambil hati, dia tu kaki cemburu, pantang aku cakap dengan kau mulalah tu marah-marah tak tentu pasal sampai kau jadi mangsanya,"Cemuhku dengan gaya yang begitu menarik perhatian Wan , lalu dia mencelah.

Sebenarnya aku rasa puas dan bertuah, Wan tidak pernah mempersoalkan hubungan aku dengan Roy mahupun mana-mana lelaki lain. Dia begitu cekal ingin berkawan denganku. Memang itu yang aku inginkan, kehidupan yang bebas tidak dikawal, malah menjadi perhatian setiap lelaki disekelilingku. Mungkin latar belakang keluargaku yang tidak harmoni dan tekanan oleh ibu buat aku begini. Ah!...jangan salahkan orang lain. Tidak salah rasanya aku berkawan. Aku berhak berkawan dan memilih. Aku bukan hipokrit. Aku adalah Natra.

" Usahlah kau minta maaf, sedangkan dia yang marah-marah bukannya kau masakan kau pula yang meminta maaf, tapi aku sudah pun lupakan hal itu semua, " Celah Wan seolah-olah angkuh.

" Baguslah kalau kau dah lupakan tu semua, barulah senang hati aku ni," Balasku sambil membelekjaket kepunyaan Wan.

" Macammana dengan Mas hari ni? dia baikkah?," soal Wan lalu menunjukkan ke arah Mas yang mengintai di jendela flatku. Aku melihat Mas.

"Mas ni memang nak kena,"Kata hati kecilku geram sekali.
"Dia sihat, " Celahku namun aku masih geram dengan Mas.
" Aku dah lama di sini, aku balik dulu la. Nanti risau pula mak dan ayah aku tu,"Jelas Wan
" Anak mak...," Aku mencebik. Agak hampa. Wan memang anak kesayangan.Wan mencuit dagu Natra lembut. Dia tersenyum lalu beredar pergi.

Saban hari aku menanti Wan di perkarangan flat. Menunggu dan terus menunggu. Tiba-tiba aku berdiri kaku apabila orang yang ku nanti-natikan tiada kelihatan tetapi kelibat Roy yang tiba. Aku meneliti jam tanganku, ia baru menunjukkan pukul 3.20 petang bukan 3.30 petang seperti yang dijanjikan.

"Wah! Cantiknya kau hari ni, nak ke mana ni?,"Tanya Roy seraya mencapai tanganku. 

Aku dia membisu, tidak sanggup aku nak katakan lagi, tambahan pula Wan yang mengajakku. Jarum jam menunjukkan 3.30 petang, Wan sampai dengan keretanya. Hati Roy dingin, aku dapat merasakan mereka akan bergaduh sebentar lagi. JAngkaan aku benar apabila Roy mula menolak Wan , lalau Wan membalas semula dengan membelasah Roy. Mereka bergaduh. Aku yang berada di hadapan mereka rterpinga-pinga tidak tahu apa yang harus aku lakukann kecuali menyuruh mereka berhenti.

" Sudahlah tu! Wan! Roy!" aku menjerit sekuat hati.

Orang ramai cuba meredakan mereka tetapi gagal kerana Roy memeang kuat orangnya. Wan pula tidak dapat berbuat apa-apa setelah dipegang oleh dua orang pemuda belasan  dan seorang lelaki berbadan sasa. Roy mengambil peluang ini dengan menendang perut Wan, mungkin dia terlalu geram kerana merasakan Wan akan merampas aku darinya. Aku tercengang, anamun aku bertatih menguatkan langkahku ke hadapan Roy lalu menmparnya, dia berhenti setelah mendengar kata-kataku.

" Roy, aku sangka kau seorang yang bertimbang rasa, rupa-rupanya aku salah. Kau memang tak guna!!!. Aku bebas berkawan bukan?!,"Jeritku geram.
" Dia yang cari pasal, aku tolak je," Balas Roy penuh kebencian.
"Sudah! Sebagai tanda minta maaf, kau harus hantar Wan ke hospital sekarang, aku akan ke sana mengawasi kau,"aku mengarah, Roy memimpin Wan masuk ke dalam keretanya. Aku duduk di belakang bersama Wan, Roy pula seperti pemandu aku. Mengikut saja apa yang dihajatiku ketika itu.






No comments:

Post a Comment