Popular Posts

Sunday 22 January 2012

Journalist-Nocedia remaja "CORETAN NATRA"

This time, Amyza writing some antique short stories during 1990's while i was 10 years old. It was an old stories i wrote about a girl name Natra. It based on my young imaginary

The story actually about Natra being laid back in her own world as a player just to get attention from people around her. Later after some incident occurred among her favorite guys, she realized that all her acts were wrong. Hope to get more critics on my writing. The story begins....

Semua orang tahu aku mempunyai ramai teman lelaki, pendek kata setiap hari aku bertukar-tukar pasangan. Sikap burukku tidak langsung dihiraukan oleh mereka yang telah atau bakal menjadi teman lelakiku kerana paras rupaku sungguh menarik perhatian mereka.

"Biar apapun orang nak kata tentang aku, yang pentingnya aku suka cara hidup begini," kataku dengan semangat dan harapan agar Mas lebih mendalami diriku.

" Itu aku tahu Natra, aku pun berpegang dengan prinsip aku sendiri. Tapi...takkanlah kau tak boleh berubah?,"cemoh Mas sekadar memberi nasihat.

 Aku meneroka wajah Mas yang merah seperti marah itu. Tak mampu rasanya inginku jelaskan lagi, semua penjelasanku pasti akan menimbulkan reaksi Mas menjadi lebih marah lagi. Lantas aku mendiamkan diri seribu suara. Mas menyesali perbuatanku itu lantaran soalannya tidak dijawab namun dia juga mendiamkan diri. aku kemudiannya turun dari flat, malangnya aku terjatuh.

"Aduh! Sakitnya,"rintihku tiba-tiba didengari seorang pemuda segak sekali iaitu Roy. 

"Hai, mata tu letak mana?" soal Roy seolah-olah menyindir.

Marah juga aku ketika itu, maklumlah aku ni "anti-sindir". Mukaku bertambah masam, Roy cuba meredakan aku, tetapi gagal. Roy mencuba lagi, aku hampir-hampir ingin mengalah, walaupun begitu aku harus teruskan kedegilanku yang tersemadi dalam diriku sejak 19 tahun lamanya.

" Sudah la tui Natra sayang"Roy terus mencuba.

"Yalah aku tak marah lagi!, " pekikku keras sehingga Roy berdebar.

Lekas-lekas aku berlari ke pasar berhampiran flat, tetapi bukan keseorangan lantaran Roy mengikut aku dengan kereta proton saganya. Kedinginan angin bayu meniup sayup-sayup pada pagi ahad itu membuatkan aku merasakan Roy masih memerlukan cinta dariku kerana tempoh hari kami bergaduh kerana Roy melihat aku keluar bersama Wan, seorang lelaki yang juga menyukai aku. Kecemburuan Roy mengubah perasaanku terhadapnya. kalau dulu aku ada rasa sayang padanya, kini aku sedikit meluat. Aku rimas hidupku dikawal itu dan ini. Pernah satu ketika Roy mengatakan aku sepatutnya menjadi kekasihnya bukannya Wan atau orang lain. Aku bingung.

Sampai saja di pasar, Roy keluar dari keretanya seraya menarik aku.

" Roy..takkanlah di sini pun kita nak disscuss?,"soal aku tanda enggan didekati Roy.Roy menggenggami tanganku dengan erat sekali sehingga membuatkan aku berasa Roy tidak mahu aku meninggalkannya.

" Natra, aku tak mahu kehilangan kau sayang," ujar Roy secara tiba-tiba.

" Lepas ni kita cakap ye," jelasku bagi meredakan ketagihan Roy itu, lantas Roy melepaskan tanganku.

TO BE CONTINUE...

No comments:

Post a Comment