Popular Posts

Tuesday 24 January 2012

NOCEDIA REMAJA-"Coretan Natra episod 3"

Setibanya di hospital aku memimpin Wan. Roy keluar dari keretanya, selamba. 

"Roy, tolong aku pimpin Wan," Aku mengarah lagi. 

Roy mengikut sahaja arahanku itu. Jam di tanganku menunjukkan pukul 4.30 petang, Wan yang dirawat masih belum keluar. Aku mula risau. Roy duduk di sebelahku sambil menghisap rokoknya. Memang lelaki kurang sopan. Butakah mata tidak nampak papan "No smoking" di tepinya?. Jururawat di sekitar cuma tersenyum simpul ada yang berbisik-bisik. Tetapi tidak seorang pun yang berani tegur. Mungkin mereka lebih tertarik melihat ketampanan Roy seperti supermodel itu daripada undang-undang larangan merokok di hospital. Aku mengeluh, kalau di tegur pasti Roy melenting. 

"Roy kau tak risau?," Soalku selamba. Tetapi sedikit pun tidak melihat wajahnya. Membuatkan dia berhenti
 merokok sejenak.

"Buat apa nak risau dia bukan adik aku pun," Jawab Roy dengan angkuhnya, lalu menghisap rokok semula. Aku menjeling tajampada dua anak mata Roy, geram betul aku akan kata-katanya.

"Natra..," Suara seperti seorang yang gering. Aku cuba menoleh rupa-rupanya Wan. Cepat-cepat aku memimpinnya keluar. Roy mengekori kami dari belakang.

Aku, Wan dan Roy memasuki kereta. Wan yang sudah sedar itu memandang tajam ke wajah Roy yang bertukar masam.

"Wan, biar kami hantar kau pulang ya," celahku tiba-tiba , lantas Wan menoleh ke arahku.
"Macammana dengan kereta aku?," Tokok Wan
"Nanti Roy bawa ke rumah Wan," Balasku untuk meredakan Wan.
" Mengapa perlu aku?, mengapa aku yang seharusnya melakukan semua ni?,"Roy mencelah. Aku dan Wan terkejut besar. Perasaan tidak sangka menyelubungi aku.
" Kan sudah aku katakan, sebagai tanda minta maaf kau, kau harus menghantarnya ke hospital dan...tak mustahil juga menghantarnya pulang,"Suaraku begitu keras.Roy terdiam sejenak. Wan pula memandang aku
dan Roy dengan penuh tanda tanya.
" Apa semua ni ?," Celah wan dalam pertengkaran itu. Kini aku juga terdiam.
" Mengapa tiba-tiba saja kau marah ni Natra?,"Soal wan lagi.
" Wan, boleh tak kau berhenti  dari bertanya soalan yang buat aku lebih marah lagi?,"Aku begitu tertekan. Aku tidak mengerti akan tindak tandukku. Seolah-olah aku begitu stress. Masing-masing terdiam sehingga di perkarangan indah rumah banglo 2 tingkat tempat kediaman Wan.
"Biar aku pimpin kau," Suaraku memecah kesunyian.

 Aku dan Wan keluar dari kereta yang membosankan aku kerana aku kekok tanpa gurauan daripada Wan tambah-tambah lagi Roy yang hanya pandai bertengkar sejak awal lagi. Namun Roy tidak keluar dari keretanya mungkin benci akan keadaan rumah mewah Wan yang disangkakan aku terpikat akan Wan kerana keistimewaan itu.

"Saya balik mak!," Pekik Wan keras.

Ibunya membuka pintu dengan perlahan. Wajah ibunya bertukar risau dan penuh tanda tanya setelah melihat keadaan Wan yang sebegitu rupa. Lebam kiri dan kanan mukanya dan pakaian yang kotor sekali.

"Kenapa nak?, apa dah jadi ni?, kamu berlanggarkah?,"Soal ibunya , lalu mengambil alih memimpin Anak tunggalnya itu.
"Kamu sudah ke hospital?,"Soal ibu lagi.
"Cedera sikit saja mak, lagipun saya dah ke hospital tadi," Jelas Wan untuk meredakan kerisauan ibunya.
"Mak cik, saya pulang dulu ya,"Ujarku begitu sopan.
"Eh..duduklah dulu kalau ya pun nak pulang sekarang, apa salahnya minum-minum sikit,"Kata ibu Wan ramah
" Tak mengapalah mak cik, lagipun saya nak cepat ni sebab masih ada kerja di pejabat," Aku cuba mengelak.  Sememangnya aku menyelinap keluar dari pejabat untuk bertemu Wan . Sengaja aku lewatkan lunch time aku jam 3.30 petang agar orang pejabatku terutama sekali Mas tidak mengetahui janji temu aku petang itu. Tetapi apakan daya, pertemuan indah yang aku harapkan bertukar tragedi malah membuatkan Roy makin memburu aku. 
" Natra, aku minta maaf di atas pergaduhan di antara aku dan Roy tadi, sebab tu semuanya batal," Wan meminta maaf. Aku sedikit tersentuh. 
" Aku tak kisah," Jawabku ringkas. Namun aku agak kecewa. 

Tidak lama kemudian aku meninggalkan rumah banglo 2 tingkat itu dan terus memasuki ke dalam kereta. Kami terus berlalu pergi.

" Kamu bergaduh ya Wan?,"Soal ibunya sambil mengusap-ngusap kepalanya.
"Usahlah mak mempersoalkannya lagi, semuanya sudah berlaku," Jelas Wan, namun penjelasannya masih belum dapat membuatkan ibunya mengerti.
"Mak masih tak faham maksud kamu, cuba jelaskan pada mak," Ujar ibunya lembut.
" Saya letih la mak saya nak masuk bilik," Kata Wan yang begitu menghiris hati ibunya. Dia bingkas bangun menuju ke biliknya yang suram kerana tingkap belum dibuka sejak pagi tadi lantaran dia terlupa, mungkin ingin cepat pergi ke tempat kerja.

Wan kemudiannya membuka tingkap biliknya dengan luas agar angin  petang Isnin itu menyegarkannya lantas melupakan segala-galanya yang telah berlaku dan sesiapa sahaja yang dia kenali kecuali aku. Penaruhan hatinya terhadap aku memang tak dapat dia singkirkan mungkin dia sungguh-sungguh mencintai aku semenjak mula aku dengannya berkenalan di salah sebuah pasaraya. Ketika itu aku sedang mencari tas tangan untuk digantikan dengan tas tanganku yang lama. Sewaktu aku membelek-belek tas tangan di situ, kelihatan sebuah tas tangan berjenama Bonia, aku terpaku, cuma dua tanganku saja yang membeleknya, aku ingin memilikinya tetapi apakan daya harganya terlalu mahal bagiku. Kelakuanku diperhatikan seorang lelaki yang tidakku kenali pada ketika itu iaitu Wan yang hanya melihat barangan di department lain. Setelah mendapat tahu harga tas tangan itu terlalu mahal, aku terus ke tempat lain dengan perasaan kecewa kerana tidak dapat memilikinya. Wan yang dari tadi asyik melihat aku, terus memanggilku.

" Saudari saya lihat saudari sukakan tas tangan ni, mengapa tidak membelinya?," Soal Wan tanpa rasa malu walaupun tidak mengenaliku.
" Sibuknya...,mahal la barang kat sini. Bazir je," Aku cuba melindungi rasa malu apabila diutarakan soalan begitu.
"Kalau mahal saya boleh belikan," Kata wan mengejutkan aku, pada mulanya aku ingin setuju tapi apabila difikirkan, Wan akan berfikir yang bukan-bukan tentangku. Mungkin juga akan memalukan aku kerana aku sanggup menggunakan wang orang yang tidak dikenali semata-mata untuk kepentingan diri.
"Maaf, saya tak mahu,"Aku menjawab lalu berlalu pergi dari situ.
"Saudari , saya ikhlas ni, " Pekik Wan sambil mengejar aku dari belakang. Dia menyentuh bahuku, lalu aku menoleh ke arahnya.
" Hei!, Saudara jangan sebarang sentuh, nanti saya panggil "pak jaga" kang, baru pucat," Ujarku sambil menolak tangan Wan dengan keras.
"Saya benar-benar ingin menolong ni," Ujarnya lagi. Tanpa menghiraukannya aku terus menaiki teksi lalu berlalu dari situ. 
" Pelik, kenapa dia sungguh-sungguh nak menolong aku?," Aku bertanyapada diri sendiri. Berfikir  dan terus berfikir, aku mengalah, aku yang memikirkan hal tadi hanya dapat melepaskannya pergi keranan tersebut amat rumit sekali. 

" Cepat sikit ya," Ujarku kepada pemandu teksi itu.
"Baik Cik," Balas lelaki berumur itu lalu memantaskan kereta teksinya.

Dalam perjalanan itu, aku cuba menoleh ke belakang, kelihatan Wan bersama keretanya mengikuti aku yang menaiki teksi dari belakang. Berdebar-debar hatiku ketika waktu itu, Wan orang yang belum aku kenali, berani mengekori aku. Kereta teksi tersebut berhenti apabila tiba sahaja di perkarangan flat. Aku kemudiannya cepat-cepat keluar dari kereta teksi itu lalu membayar wang perjalanan dari tas tangan lamaku.

TO BE CONTINUE

No comments:

Post a Comment